|
Buddyz Kuning Langsat |
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh , Salam Aidilfitri dan salam 1Malaysia . Hari ini 31 ogos 2013 saya Muhammad Najib ingin mengucapkan SELAMAT HARI MERDEKA dan juga 24 Syawal 1434H ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA . Dan juga ingin memohon maaf kepada Madam Adibah Mohd Nor sebab tidak sempat datang rumah untuk beraya .
Hari ini amat bermakna bagy diri ini , aku juga berharap lagi kupohon supaya aku boleh bawa kenangan ini ke Jannah Allah . Hari ini kami ahli bilik 221 a.k.a Kuning Lansat ( Falah,
Hifzi,
Naim,
Azizi, Alan, Afnan, Ammar, raid,
Muhammad ) menunjung ke Sungai Kedondong , batang kali . Kat mana aku pon xtau , sebab ni kat Selangor . Kalau Terengganu boleh la sembang . haha . Harap enjoy layan gambar .
|
Till Jannah 10 X 2 = 20 |
|
Signboard yang tak beberapa nak signboard sangat |
|
Kaki tanpa bulu |
|
Menikmati keindahan Alam |
|
Raja Seruling sengan tuning a.k.a Hifzi |
|
Siap beraya ke Rawang |
Ni la sedikit sebanyak gamabar kami di Sungai Kedondong . Lepas berhempas-pulas , naik turun batu-batu, naik terjun dari batu besar . Agak menguji kami ,
Azizi yang pada mulanya kecut perut nak terjun tinggi muncul sebagai Hero untuk terjun batu yang tinggi lebih kurang 4 meter dari permukaan air untuk terjun . Selepas penat-penat mandi manda , kitorang menuju ke Rawang . Rawang !? haha , Hajat nak gak singgah di Bukit Beruntung tapi apakan daya tuan rumah tiada dirumah pada waktu itu . #AdakahIniCinta . Okay balik kepada cerita . Pergi ke Rawang perkampungan Melayu kalau tidak silap lah ,
Muhammad dan keluarga buat jamuan ringan untuk Kuning Lansat .
|
1Malaysia pelbagai bangsa . SELAMAT HARI MERDEKA dari kami . |
|
#TropicanaStyle ye kami memang gila bersama |
Inilah yang sempat kami ambil gambar di rumah Mad(Muhammad) , Sementara menunggu driver bersiap-siap. Sori Mad , Kau takde kali nie , Kita akan ambik gambar ramai-ramai kat rumah ammar pulak lepas nie . Btw, Terima Kasih banyak kepada Pak Cik Kassim dan Mak Cik Suraya dan keluarga . Nasi Tomato tadi tu sedap sangat , juga berterima kasih kerana menumpangkan kami untuk solat Zohor dah Tidur.. Letih gila kot ! Seperti dijanjikan untuk ambil gambar beramai-ramai termasuk
Mad . Kami pon bertolak ke Sungai Buloh , Ujian tuhan dimana-mana kan. Hujan lebat bukan main tadi . tapi Alhamdulillah Kami sampai di rumah Pak cik Abdullah dan Mak Cik Zuriani .
|
See sawing with Ammar |
|
Teringat Zaman kanak-kanakku yang Awesome |
|
Aildilfitri di rumah ammar |
Sampai je Kuarters Tentera kami solat di surau yang memang ada kat kawasan tu , lepas solat sempat jugak la mengimbau zaman kanak-kanak main buai dan jongkak-jongkit , Oleh kerana kami terlalu matang sampai ada la budak comel , umur lebih kurang 5 or 6 tahun bertanya "Abang umur berapa ?" . Siapa kisah kan ? haha . lepas main puas2 kami pon bertolak ke destinasi yang dijanjikan, Rumah Ammar . Sempat jugak bergurau senda , bermanja dengan ayah Ammar . Serius best Pak Cik . Part Paling best bila Pakcik suruh Raid nyanyi lagu melaka untuk membuktikan Raid ni anak melaka original atau tak . haha . Janji yang tidak cipati , iaitu untuk ambil gambar Beramai-ramai termasuk mad .
|
Bak kata ayah Ammar "Ala-ala Hutan" |
|
Rumah Ammar yang Awesome |
Alhamdulillah , Pertama sekali syukur ke hadrat Illahi , kerana menemukan kami bersepuluh di ABC319 . Moga persahabatan ini kekal abadi . seperti dijanjikan Allah , Salah satu ciri-ciri umat Islam yang mendapat Arasy Allah ialah sahabat yang bertemu berpisah adalah kerana Allah . Moga kenangan ini diizinkan oleh-Nya untuk dibawa kesyurga. #KuningLangsat #Bromance #UIABest